top of page

Jenis-jenis 

Penanaman kaedah seks ini boleh dilakukan pada biji benih. Namun, terdapat hanya 2 jenis biji benih yang membezakannya. Iaitu biji benih halus dan kasar. Cara membezakannya senang sahaja iaitu dengan meluhat kepada saiz bentuknya.  Sebenarnya kebanyakkan tumbuhan boleh ditanam dengan cara ini, namun ada ia dibahagikan kepada 2 kumpulan utama yang menjadikan ia berbeza. Jadi kita perlu tahu tumbuhan yang hendak kita tanam berada dalam kumpulan yang mana, ya !

IMG_0090.jpg

Biji Benih Halus

Penanaman jenis ini lebih ringkas dan memakan masa yang singkat. Biji benih halus perlu  digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah. Hal ini kerana ia sesuai tumbuh dalam campuran tanah atau medium tanaman yang lembap sertas gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanaman 3:2:1 (tanah peroi : bahan organik : pasir sungai). Biji benih halus mudah ditanam kerana kita hanya perlu menabur benihnya di plot tanaman yang telah digembur atau dicampur medium tanamannya. Seterusnya ia perlu diberikan penjagaan yang diperlukan sebaiknya. adalah dengan mencaburkan biji benih halus beserta tanah).  

IMG_1346.jpg

Biji Benih Kasar

Penanamanjenis ini memakan masa yang lebih lama. Biji benih kasar ini perlulah dimulakan dengan penyediaan mendium percambahan dan bekas semaian yang sesuai. Biji benih yang bernas haruslah dipilih terlebih dahulu dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul perlu dibuang dan yang tinggal itu perlu disemai secepat mungkin menggunakan Teknik yang betul. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenarbolehlah ditukar ke dalam beg politena. Penanaman biji benih kasar ini adalah dengan cara terus ke tapak semaian.

bottom of page